"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. " - Surah Al-Anbiya,35
Baju nipis nampak bayang, Peha gebu saja ditayang, Lebih baik tak pakai baju senang, Dah tentu boleh tunjuk terang-terang... Baju ketat...
AQ
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
- Imam Hasan al-Basri-
aq9
Dalam kelembutanmu, Ketegasanmu tidak tergugah.
Dalam penuh rasa malumu, Suaramu menggegar dunia.
Di sebalik halus jemarimu, Tergenggam utuh janji setia.
Wahai bidadari syurga, Kau tambat hati pada yang Esa.
aq
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
About Me
دمباکن الله
Tampin,n9, Malaysia
Ana seorang yg serba kekurangan. mohon tunjuk ajar dr semua. Mana yg baik akan cuba praktikkan, mana yg kurang baik akan cuba perbaiki, dan mana yg tidak baik akan cuba tinggalkan dan mencari segala hikmah andai diberikan peluang. Ana tidaklah sehebat mana pun, dan berusaha menjadi yg terbaik walaupun selalu tersungkur..akan ku cuba utk bangkit semula. Jika ada sahabat yg sudi membantu pasti urusan ini akan bertambah mudah. ^_^
Lidah berbicara tidak sepatutnya, Hati bercampur perasaan tidak mulia, Jari bertitip laju terlalu suka ria, Otak mentafsir sesuatu di luar batasan Agama, Tulisan mengguris mana-mana jiwa.. Ampun dan maaf jua ku pinta..
Syeikh 'Allamah Farid Al-Ansari adalah seorang ilmuan bidang fiqh dan usul al-fiqh.Syeikh ini telah terkenal dengan kebenaran kepercayaannya, keikhlasan niatnya serta akhlaknya yg baik, sifat merendah diri dengan masyarakat, dan tidak meletakkan segala harapannya pada dunia.
imam hassan al-banna
AsSyahid Imam Hassan AlBanna.Beliau hidup di dunia selama 40 tahun.Ia tidak tidur di atas tilamnya yg empuk kecuali beberapa malam tertentu.Ia tidak bertemu dengan sanak saudaranya kecuali pada saat2 tertentu.Beliau menjadi permata dalam dakwah zaman moden ini,beliau berjaya mengabungkan pelbagai kepakaran dan kebolehan untuk menjadi suri tauladan di jalan dakwah.
fathi yakan
FATHI YAKAN..dilahirkan di Lubnan pd 9 Februari 1933 dan tidak asing dalam gerakan Islam.PEngaruh tulisan-tulisannya telah menular dan meresap jauh ke dalam hati-hati umat Islam tentang pentingnya dakwah Islamiyyah dalam kehidupan seharian.Malahan tulisan-tulisan beliau bukan sahaja dapat di baca dalam bahasa Arab, tetapi telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Malaysia. Bukunya yang mashur iaitu “maza ya'ni intimai Ila Islam” (Apakah Ertinya saya menganut agama Islam) telah dijadikan silibus Usrah oleh kebanyakkan pertubuhan-pertubuhan Islam.
hamka
HAMKA( Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah)..seorang ulama, aktivis politik dan penulis Indonesia yang amat terkenal di alam Nusantara.Juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Ia mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang
sheikh ahmad yassin
Syeikh Ahmad Yassin..merupakan pengasas pertubuhan Palestin Hamas.Telah dibunuh pada tahun 2004 ketika helikopter Israel menghentam 3 buah roket ke atas kenderaannya setelah beliau menunaikan Solat Subuh.
dr yusuf al-qaradhawi
Dr Yusuf Al-Qaradhawi...merupakan ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah yang aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.
0 comments:
Post a Comment