JellyPages.com
Saturday, March 26, 2011

RESULT AQ..

Alhamdulillah... syukur. walaupun xsehebat, xsemegah, xsehandal, xsepower, xsecemerlang dan semualah yg lebih kurang makna 2, namun aq tetap bersyukur sebabnya dunia dan akhirat aq seimbang.. (berdasarkan keputusan 2 laa) tapi yg sebenarnya WAALLAHUA'LAM... ^_~ hehehe

Allah memang Maha Adil..
aq dah lihat sendiri buktinya. nak kongsi 2 better xpayah la sbb ni akan mmbuka aibnya. korang sendiri boley lihat buktinya..
Alhamdulillah aq ada 1 family yg boleh dikira bahagia. maaf la xdapat bg keputusan yg cemerlang macam org 2... tp insyaallah akan buat yg lebih baik selepas ni. biarlah org kata dah terlambat ke apa ke.. eh, suka t aq laa..(hahaha) xde la lmbt manapun.. ayuh kawan!!

banyak aq nak cerita ni, tp Allah x izinkan.. ada umur yg pnjg,sihat tubuh badan, insyaAllah sambung lg.. ^_^

ok last but not least, minx maaf andai ada bahasa yg kasar @ terasa mana2 ke..

Thursday, March 10, 2011

~:: Manisnya Tahajud ::~

"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.
Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!" Abu Sulaiman pula berkata, "Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini."
Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.
Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya.
Sabda Rasulullah bermaksud:
"Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka."
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur."
Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hamba-Nya yang menghidupkan malam.
Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas."
Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dalam golongan manusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa."

nak sgt wat solat tahajud ni..jom!! 2 rakaat pon jd la..jnji dpt. bkn senang org yg mcm aq ni nak wat solat tahajud ni.hee..

Wednesday, March 9, 2011

تقوى


Assalamualaikum wbt

Aku selalu terfikir kalaulah taqwa tu sesenang naik tangga. Tapi sebenarnya memang senang pun status taqwa tersebut. Siapa kata susah? Yang susahnya adalah istiqamah. Istiqamah maksudnya tetap pendirian, teguh berdiri, kukuh tak bergoyang walaupun badai melanda. Bayangkan korang di tengah lautan sekarang, kayuh perahu je. Tiba-tiba ribut melanda, bagaimana nak pertahankan perahu dan diri korang dalam keadaan macam tu?

Yang menjadikan kita tidak istiqamah sebenarnya adalah penyakit malas dan penyakit gatal. Penyakit malas ni sejak kecil lagi sejak dari baby lagi dia ada. Sampai masuk sekolah, masuk U, rasa malas nak study dan macam-macam alasan lagi. Poin utama berpunca dari malas sahaja sebenarnya. Jadi macam mana nak atasi penyakit malas? Cari orang yang rajin. Betul aku kata ni, cari orang yang rajin kemudian dekati dia, berkawan dengan dia. Contohnya orang tu rajin solat, rajin qiyamullail (ibadah malam)..kita join dia. Follow dia. InsyaAllah rajinlah kita. Sama juga dalam pelajaran dan mencari ketaqwaan. Konsep imam-makmum dah lama Islam praktikkan zaman berzaman. Budaya follow imam, hidup dalam jemaah. Taat dan dengar, patuh dan ikut. Ikut yang baik sahajalah. Kita sama-sama cuba ye, nak?

Penyakit gatal pula. Yang ni memang menular. Gatal dengan suasana. Contohnya tengok drama Korea kat tv, terus terduduk laju-laju depan Tv. Syok tengok cite Korea ni. aku juga terpengaruh. Huk2. Dalam proses nak jadi org bertaqwa, syaitan akan berupa macam-macam. Dalam rupa awek cun, dalam rupa laki segak, rupa harta, rupa wang, pangkat dan segalanya. Dorang sebarkan kegatalan pada kita supaya kita terasa gatal nak dapatkan. Dah dapat, barulah hilang gatalnya. Gatal, cari ubat. Tapi kegatalan kita itulah buat kita menurun dari tangga taqwa. Setuju tak?
maaf ye mengopy n paste kan org lain pnye.tiada niat lain hanya ingin berkongsi dan menyebarkannya. syukran 

..

..