JellyPages.com
Thursday, January 27, 2011

Senyum Tidak Menyakitkan Tetapi Menjadi Penawar Hati Yang Sakit


Thursday, January 6, 2011

Kata Dulang Paku Serpih


Beberapa hari sebelum ini, saya terjumpa dan terbaca sebuah hasil tulisan seseorang yang mengatakan seperti yang dibawah ini :


Sejauh mana yang menulis itu sendiri memahami dan menginsafi apa yang dituliskan? Serajin-rajin kita memberi nasihat dan teguran kepada orang lain, seberapa banyak pula dosa-dosa diri sendiri ditangisi dan diperbaiki serta diinsafi?
Teguran yang mungkin tidak dikhususkan kepada sesiapa, namun banyak iktibarnya. Hmm...Baru-baru ini, ada perjumpaan dengan adik-adik, akhwat yang dikasihi, yang baru menyertai keluarga besar sebuah persatuan di Universitas Padjadjaran (UNPAD). Dalam perjumpaan itu, sepotong ayat al-Quran dikongsikan bersama adik-adik:
"Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Surah as-Saff: Ayat 2-3)
Terfikir, adakah diri sendiri sudah melaksanakan apa yang diperkatakan?  Baru-baru ini juga, semasa tazkirah harian di Caspel usai solat Maghrib, pada hari itu dibincangkan hadis ke-36 daripada hadis 40 himpunan Imam An-Nawawi; berkenaan amal-amal kebajikan dan balasannya. Antara intipati hadis ialah:
01.Anjuran menghilangkan kesusahan orang mukmin.
02.Menutup aib sesama muslim.
03.Sentiasa menolong saudaranya.
04.Mencari ilmu dan pahala serta ganjaran Allah di sebaliknya.
05.Ketinggian nasab tidak dapat membantu menampung amal yang kurang.
Dalam Syarah Arba'in Imam An-Nawawi oleh Imam An-Nawawi, Imam Ibnu Daqiq, Syeikh Abdurrahmad as-Sa'di dan Syeikh Muhammad Al-Uthaimin; berkenaan hadis ini, dimuatkan sebuah syair:
Nasihat pemberi nasihat tidak akan diterima
Sehingga hatinya terlebih dahulu memahaminya
Wahai kaum, adakah yang lebih zalim daripada pemberi nasihat
yang menyelisihi apa yang disampaikannya dalam keramaian
Ia menampakkan kebaikannya di hadapan manusia?
Sementara menyelisihi Yang Maha Pemurah ketika sendirian.
Terasa seperti ditusuk-tusuk hatiku saat membaca bait-bait syair itu. Astaghfirullah...
Sememangnya, kita disuruh untuk menyembunyikan aib kita dan orang di sekeliling kita. Namun itu tak patut dijadikan sebagai alasan untuk kita sewenang-wenangnya melakukan dosa di saat kita tahu tidak ada orang yang memerhatikan. Lupakah kita bahawa Allah Maha Melihat segala apa yang kita kerjakan? Kita bersembunyilah di mana pun, segala amal dan perbuatan kita dilihat dan dicatat oleh malaikat dan akan disoal tentangnya di akhirat kelak.
Imam an-Nawawi berkata, hadis itu (amalan-amalan kebajikan dan balasannya) mempunyai beberapa syarat, dan
syarat yang pertama adalah mengamalkan apa yang diketahuinya (lantas dikongsikan syair itu). Hmm... Sudah lepaskah syarat pertama?
Syarat kedua, menyebarkan apa yang telah diketahuinya. "Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar." (Surah at-Taubah: Ayat 22)
Syarat ketiga, niat menyebarkan itu bukan untuk menandingi dan berdebat.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Barangsiapa mencari ilmu kerana empat perkara maka masuk neraka: Untuk menandingi para ulama, untuk berbantah-bantahan dengan kaum yang bodoh, untuk mendapatkan harta, atau memalingkan wajah manusia kepadanya." (Hadis Riwayat Imam At-Tirmidzi dan Hakim, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahih al-Jami')
Syarat keempat, mencari pahala dalam menyebarkannya dan tidak bakhil. "Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi pertunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan pertunjuk mereka katakanlah: "Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai pertunjuk (Al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya."" (Surah al-An'aam: Ayat 90)
Syarat kelima, tidak gusar untuk mengatakan "aku tidak tahu." Sedangkan Rasulullah SAW ketika ditanya malaikat Jibril tentang hari kiamat, menjawab "Tidaklah orang yang ditanya tentangnya lebih mengetahui berbanding orang yang bertanya." (Hadis kedua dalam hadith 40; Iman, Islam dan Ihsan)
Syarat keenam, tawaduk. "Dan hamba-hamba yang baik dari Rabb yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati." (Surah al-Furqan: Ayat 63)
Syarat ketujuh, tabah terhadap gangguan dalam menyampaikan nasihat dan meneladani salafus soleh. "Tiada seorang nabi pun yang mendapatkan gangguan sebagaimana gangguan yang aku terima." (Hadis hasan, dimuatkan dalam Shahih Al-Jami')
Segala gangguan atau ujian yang menimpa kita, ingatlah Rasulullah SAW adalah orang yang paling kuat ujiannya. Jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW sangat kecil segala ujian atau musibah yang menimpa kita.
Syarat kelapan, memberikan ilmunya kepada orang yang lebih memerlukan,sebagai pengajaran, untuk mengingatkan kita kepada Allah SWT dan memberikan ketenteraman kepada kita.
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram." ( Surah ar-Ra'd: Ayat 28)
Manusia itu resamnya, memang sering lupa dan leka. Sering sekali, benda yang kita tahu salah itulah benda yang kita nak buat juga. Namun, apabila kita menyampaikan, secara tidak langsung kita mengingatkan diri kita sendiri. Bukan untuk mengatakan "aku lebih tahu" tetapi sebagai sumber kekuatan untuk kita mengamalkan apa yang kita perkatakan.
Jom, sama-sama kuat dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing.Jangan jadikan kekurangan diri kita sebagai alasan untuk tidak menjadi orang yang lebih baik. Kita mampu melakukannya!  Kita hanya manusia, dan manusia sering terlupa. Marilah mengingatkan sesama kita, semoga kita berjumpa di syurga.

"hmmm,satu hasil tulisan yg penuh pengajaran, penuh erti, penuh manfaat dan semuanyalah..Ya Allah,xterkata. Dan ALHAMDULILLAH terjumpa hasil tulisan ini. Syukran kepada sesiapa yg menulis ni. Waallahua'lam..."

~B!cara C!nta 'Hati' & 'Akal'~


Pada suatu masa yang tidak diketahui , akal dan hati mula berbicara berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam w.b.t...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Dia = Pencipta
dia = yang dicipta

Wednesday, January 5, 2011

~k0nF!u$~

Aku k0nF!u$
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya

Aku k0nF!u$
Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi

Aku k0nF!u$
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati
sekejap di kaki

Aku k0nF!u$
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal

Aku k0nF!u$
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru


"Bukanlah nak kata diri ini terlalu bagus,
cuma sekadar ingatan bersama.
Jika salah,
kita sama-samalah
TEGUR 0k!!"
^_^

Sunday, January 2, 2011

..........Love Friends For Allah..........

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahidah ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

..

..