JellyPages.com
Friday, October 14, 2011

HIDUP INI

Diriku ibarat LAUT, 
punya pasang & surut. 
Umpama tahap keimanan yg sentiasa bertambah & berkurang. 



Tenang dilihat, SubhanAllah.. Indahnya ciptaan Tuhan. 
Lautan yg terbentang pasti indah sekiranya 
dihiasi pepohon kelapa, 
pasir yg memutih, 
langit yg membiru, 
kawanan burung yg terbang membelah awan,
kemerduan bunyi sang ombak menghempas pantai &
keindahan sang mentari pabila ia mengundur diri. 

Umpama juga kehidupan ini pasti lebih indah jika dilengkapi dengan ahli keluarga, 
saudara mara & 
sahabat handai. 

Bayangkan sekiranya keindahan itu tiada, 
adakah laut itu akan indah tanpanya?? 
& bayangkan jika tanpa mereka di sisi kita, 
dapatkah kita mengharungi liku-liku dalam kehidupan ini? 

Bagiku, merekalah pencetus kejayaan diri. 
Tanpa mereka di sisi, 
tiadalah daya diri ini bertapak kukuh sehingga hari ini. 
& kiranya tiada redha Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, 
tiadalah dapat jasad & rohku bersatu seperti hari ini. 
Alhamdulillah..

Diri ini juga pasti disulami sejuta keindahan sekiranya 
budi pekerti dititik-beratkan, 
akidah diteguhkan & 
iman dimantapkan.

Lautan yg luas terbentang, punya khazanah yg tersembunyi di sebaliknya. 
Untuk itu, ia perlu dikaji bagi mengetahui apakah fungsinya utk hidupan lain.

Umpama juga diri ini, yang punya pelbagai kemahiran & potensi,
perlu dikaji & dikembangkan, 
seterusnya dapat memberi sumbangan pada 
Agama, bangsa mahupun negara. 

Semasin-masin si air laut,
jika diolah menjadilah garam. 
Seteruk mana pun kekurangan yg kita miliki,
jika diperbaiki pasti ia akan menjadi 1 kelebihan buat diri..

Ku putuskan 
LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULULLAH 
sebagai prinsip diri.. 
selagi tidak terpisah roh dari jasad.. 
Tidakkan ku berhenti menuntut ilmu.
InsyaAllah.... 
{]:)=


..

..