JellyPages.com
Tuesday, April 9, 2013

Epal Itu Haram




Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau. Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.'
"Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah...

* Kisah di atas diolah dan dialihkan sedikit ke dalam bahasa melayu. "Athfal Lakin Du'at" karya Nashir Syafi'i.

Pengembala Kambing


Di negeri Wak Tanjung penduduk hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah penganut agama Islam.
 
Suatu hari datang seorang pendeta kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan. Pendeta itu berjumpa dengan raja negeri tersebut dan meminta kebenaran untuk berpidato dengan penduduk-penduduk di negeri itu. 

Syarat pertaruhan yang telah ditetapkan oleh pendeta itu adalah jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting dalam perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat sahaja.

Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. 

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran

Pada hari pertandingan rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan pendeta kristian. Bermulalah soalan pendeta menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.

Pendeta pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian pendeta menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Pendeta yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu pendeta tersenyum puas hati. Pendeta mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu pendeta menepuk tangan. Pendeta kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.

Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Pendeta itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara pendeta  dan gembala kambing. Pendeta pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? 
(Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). " 

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah iman setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. "

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... 

" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.

Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima ajea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " 

" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Lepas itu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya aje ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!

Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... " 

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun



Thursday, April 4, 2013

Plezz la woii..!!!


Ape hikmah tuhan tunjukkan semua ni?
Ape aq boley buat utk kaw?!
DOA JE? 
(2jeygaqmampu)
"KECEWA"
ok aq belajar dr kesilapan org lain
Allah nak Tegur aq dgn KAW kot?
tp mcm mane nk tegur kaw?
(tahu la aq nak buat ape)

Tapi dalam hal yg 'agak' serius ni,
aq pilih utk RAHSIA kan
Biar la tahu sendiri.
sorry aq dah tahu plak.
aq xnak ungkit cite lama.
erghhhhh....
noisnet kalup qa ngd wak!!!
sabar sarah, sabar.

da la malas nak bebel lagi.
chawW...!

mood xbetul kali ni,
xpayah nak serius sgt la wahai gambar.

Monday, March 18, 2013

Kita Yang Pernah Mengukir Kenangan Dulu



kita mungkin tak rapat macam dulu-dulu sebab 
semua ada haluan sendiri,

 kita mungkin tak gelak ketawa mcm dulu-dulu sebab 
kita dah tak duk bersama lagi,
 kita mungkin tak seakrab dulu sebab 
kita jarang bertegur sapa..




tak kiralah apapon sebarang kemungkinan, 
sahabat tu walau jauh dimata dekat di hati, 
walau hanya tinggal kenangan sering ada dalam doa. 
kita dah besar dan semakin membawa haluan masing2, 

kat mane pon awk2 sume, buat ape pon awk2 sume, 
jgn lupa Allah dan jgn lupa saya. 



jika dulu2 pernah bagi ape2 mohon halalkn,
 jika dulu pernah tersakiti mohon maafkan,
 "kita yang pernah mengukir kenangan dulu" 
semoga semuanya berada dalam keadaan baik2 dan bahagia selalu,
 SY RINDUKAN AWK SEMUA



sad {]: )=

..

..