JellyPages.com
Saturday, June 11, 2011

~:: IMAM MUDA 2011 ::~



Assalamualaikum..
 kali nak cerita pasal IMAM MUDA 2011.
mesti korang suka kan? haha (taw daa)
story ni akan dibuat biasa2 je, xde lah hebat mane..
harap terhiburlah sikit hendaknya.. ^_^


Mula2 nak citer tentang Mudir & Mursyid IM yg hebat2 belaka ni..


dari kiri : Ustaz Zulkefli bin Hamat, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim, 
Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz,
Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar, Ustaz Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim

Kenalkan nama je lah.. 
(maleh nak pnjg2)
yg 2 dari kiri tu merangkap 
my cousin.. harap maklum -_-'

& now nak share pasal pelajar2nye plak


FIRST SKALI..^_^
Beliau ni Pelajar Syariah, di KUIN, 
IM Amar Wan Harun, 27 thn, Alor Setar, Kedah.
selalu menghabiskan masa bersama rakan di kolej dengan melakukan aktiviti bersukan. Beliau ni suka bermain video, 
 juga mempunyai keunikan mengubat menggunakan pendekatan AURA seseorang.
(huish xtaw la macam mane kan)
 Seorg yang sempoi tapi penuh dengan ilmu agama di dada. ^_^



IM Hassan Adli Yahaya, 26 thn, Air Tawar, Perak.
 beliau ni merupakan seorang Pensyarah.
 Di waktu lapang beliau suka keluar bercuti dan melancong menikmati keindahan alam.
  seorang yang pemalu tetapi 
selepas mengenalinya ternyata Hssan seorang yang peramah dan 
suka berkongsi ilmu  9_9


IM Fakhrul Hassan, 27 thn, Terengganu. 
beliau ni pula seorang Imam di tempatnya.
 Istimewa tentang IM Fakhrul, beliau boleh bertutur 4 bahasa.
 Im Fakhrul suka memancing dan menontong filem.
 IM Fakhrul adalah lulusan dari Universiti Sains dan Teknoloji Yemen
(fuu..hebat3)
Alhamdulillah telah mendirikan rumahtangga


IM Abdul Fatah Riddzwan, 21 thn, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
(ni org tompek den)
 Seorang peramah dan penuh dengan lawak jenakanya.
 Sentiasa ceria dan ada aje topik dan lawak yang
 disampaikan bersuaianlah dengan tugasnya sebagai seorang Fasilitator. 
beliau ni gemar mendengar radio kerana
 ia adalah sumber informasi buatnya.
 Tidak pernah tinggal MP3 nya


IM Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 thn, Segamat, Johor.
 merupakan seorang Guru Besar. 
Selain gemar berkebun, IM Nazrul berbakat menyanyi.
 Irama Nasyid menjadi pilihan.
 Mempunyai personaliti bersahaja, menjadikan beliau mudah 
bergaul dengan golongan remaja. 
Baru mendapat cahaya mata kedua bulan lalu.
(tahniah la ye)
Alhamdulillah


IM Mohd Azlan Zulkarnain, 25 thn, Kuala Lumpur.
 biarpun masih muda, anak jati KL yang juga seorang 
jurutera disebuah syarikat gergasi petroleum nampak matang.
 Lihat saja gayanya berbicara, petah dan ada isi.
 Jadi tidak hairanlah IM Azlan memberitahu bahawa dia gemar menulis blog. 
Pasti ramai yang ingin membaca coretan IM Azlan. (",)
(ye kot..huhu) 
ni pon da selamat mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah


IM Nadji Wan Mohd Noh, 20 thn, Kajang, Selangor.
 Anak Kelantan ini, seorang pelajar dan 
peserta paling muda untuk musim ini.
ex-SMAP Labu
 IM Nadji cukup minat dengan sukan bola keranjang dan futsal.
 Im Nadji juga penyokong kuat kelab bolasepak Chelsea. 
Dari keluaraga yang kuat ugama ayahnya seorang guru taranum.
(chelsea 2!! haha)


IM Mujahid Suhaimi, 20 thn, Woodlands, Singapura.
 IM Mujahid anak jati kota metropolitan.
 IM Mujahid antara peserta termuda pernah beraksi dalam 
sukan Gimnastik dan masih menuntut.
(huuu dahsyat!)


IM Ali Khairudin Hj Abdul Marif, 26 thn, Beaufort, Sabah. 
IM Ali seorang yang peramah dan berjiwa seni. 
Bergelar seorang Guru KAFA tidak menghalang minatnya dalam muzik.
 Suka dengar lagu Rock. 
IM Ali adalah anak ke13 dari 17 adik beradik satu ibu dan ayah.
(ni pon dahsyat jgak, kuasa Allah kan.
 xde sape leyh pertikaikan ^_^)
 Ali juga seoarng pelukis kartun dan
 'hair stylist' rambut lelaki.


(yg ni plak xjumpe pic yg 1 family)
IM Fadli HJ Awang, 24 thn, Brunei Darul Salam. 
IM Fadli merupakan satu-satunya calon dari Brunei. 
Bertugas sebagai Pegawai Masjid, 
masa yang ada banyak digunakan untuk menelaah bahan-bahan agama dan 
melayari internet untuk mengetahui perkembangan semasa.
 Selain itu IM Fadli suka menonton TV.


Andai ada maklumat yg salah 2..
maaf2kan la ye..
just nak share+suke2 je...^^,


0 comments:

Post a Comment

..

..